5 CARA HILANGKAN BLACKHEAD SECARA NATURAL

Hye kesayangan Mommy semua! Hari ni Mommy nak share tentang cara untuk hilangkan masalah Blackhead. Ramai yang ada masalah ni dan DM untuk bertanya Mommy sendiri di Instagram iFlawless. Mommy juga pernah jawab soalan ini di IG Story. Kalau uolls nak cuba cari boleh je search #tanyamommy

Ok now Mommy nak share dengan pembaca-pembaca setia Mommy di Blog ni:

Blackhead ni kalau uolls nak tahu terjadi sebab liang pori-pori tersumbat dengan sel-sel kulit mati dan minyak. Uolls akan nampak ade bintik-bintik berisi minyak tepu dekat liang pori-pori sampai satu tahap uolls akan rasa geram nak picit. Betul kan? Jadi Mommy akan share dengan uolls mcm mane nak bersihkan blackhead & hilangkannya dengan cara yang selamat.

 

iFlawless Hilangkan Blackhead

 

STEP BY STEP CARA HILANGKAN BLACKHEAD DGN CARA BETUL & MENGGUNAKAN NATURAL SKIN CARE

  1. Pertama sekali, uolls perlu bersihkan tangan dahulu.
  2. Cuci muka bersih menggunakan Facial Wash yang lembut. Macam Mommy, skin care product yang Mommy gunakan untuk mencuci muka ialah iFlawless Facial Treatment.
  3. Picit blackhead secara perlahan menggunakan tisu yang berkualiti. Kalau guna yang tak berkualiti, byk habuk & mudah melekat. Pastikan bersih semua taw. Uolls akan rasa asyik bila bersihkan blackhead ni.
  4. Selepas itu, cuci muka bersih sekali lagi menggunakan Facial Wash. Bilas muka dengan air sejuk. Uolls boleh letak ais dalam air tu ye...lap kering seluruh wajah dengan tuala muka yang bersih.
  5. Selepas tu boleh apply skin care harian uolls. Pastikan skin care harian uolls mampu mengecilkan pori-pori.

 

BONUS:

Tips Mommy jaga muka Mommy untuk kecilkan liang pori-pori

  1. Sebelum lalui proses diatas iaitu bilas muka dengan air sejuk, Mommy akan apply iFlawless Facial Mask. Kenapa Mommy pilih ni? Sbb iFlawless Facial Mask ni bahan utamanya adalah Kaolin Clay. Fungsi Kaolin adalah untuk menyerap lebihan minyak & membersihkan liang pori-pori.
  2. Sebaik je Mommy dah bersihkan masker & bilas dgn air sejuk dekat muka Mommy, Mommy akan apply iFlawless Facial Serum with LORISA®. Sebab kandungan LORISA® ni mampu menegangkan kulit wajah secara tidak langsung mengecilkan liang pori-pori
  3. Selepas tu, step terakhir yang Mommy akan lakukan ialah menggunakan pelembap wajah pada keseluruhan wajah bagi mengelakkan kulit wajah mengelupas akibat picit blackhead tadi..pelembap yang Mommy gunakan ialah Minyak Argan Emas iFlawless.
Ok! Mommy harap perkongsian di blog Mommy kali ini dapat membantu uolls yang selama ni terpaksa menanggung kerungsingan akibat blackhead yang semakin menjadi-jadi.

Psst: Kalau uolls nak guna skin care products lain pun boleh. Uolls perlu pastikan ianya adalah Natural Skin Care yang selamat & terbukti berkesan ok. 

Uolls juga boleh tinggalkan komen di bawah kalau uolls dah cuba tips dari Mommy. atau jika uolls nak tanya apa-apa soalan, pun boleh tinggalkan komen kat bawah tu. Nanti Mommy jawab.

Love,
Mommy!


iFlawless Free Sample

2 comments

  • Produk flawless boleh hilangkan jeragat tak sis?

    Zaleha
  • Thank you Mommy sebab sharing ttg ni. Irah cuba buat & nnt ira feedback mommy yeaa…

    Syahirah

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.