5 CARA 'SEMULAJADI' YANG BERKESAN HILANGKAN BLACKHEAD/WHITEHEAD DEKAT MUKA

"Eiii stressnya la bila hari-hari pandang muka dekat cermin nampak blackhead/whitehead yang menggerutu sana sini dekat muka.. Nak belai muka pun rasa tak seronok.. dari dekat dah macam permukaan kulit buah oren..hmmm"

AWAS! Jangan sampai blackhead & whitehead menyebabkan uolls rasa rendah diri dan kurang keyakinan pula.

Kulit muka yang berminyak memang sangat berpotensi untuk mengalami masalah pada liang-liang pori. Apabila liang terbuka, mudahlah debu kotoran/sisa mekap menyumbat liang pori tadi serta mengundang masalah seperti blackhead, whitehead dan juga jerawat.

Jadi, cara pencegahannya senang sahaja. Korang guna 5 bahan semulajadi ini dan hasilnya memang berkesan. Cara yang ke-5 paling berkesan dan mujarab!

 

1. AIS

Fungsi ais adalah meningkatkan simulasi pengaliran darah yang membantu kulit untuk jadi lebih sihat.

Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. 

 

2. CUKA EPAL

Menegangkan kulit, mengecilkan liang-liang pori dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.

Caranya: Campurkan cuka ke dalam air. Ambil kapas, celupkan dan sapu pada kulit muka.  Biarkan kering dan bilas. Lagi berkesan sekiranya dilakukan pada waktu malam selepas mencuci muka.

 

3. SODA BIKARBONAT

Soda bikarbonat berfungsi untuk membuang kotoran pada wajah, membuang lebihan minyak dan merawat masalah jerawat di muka. 

Caranya: Ambil dua sudu soda bikarbonat dan letak dalam air. Sapu di wajah dan urut wajah. Pastikan pes soda bikarbonat tadi menyerap di kulit muka. 

 

 

4. PUTIH TELUR

Mengecilkan liang pori yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.

Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Jadikan ia sebagai masker. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur lekapkan tisu di atas muka. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.

 

5. IFLAWLESS FACIAL SCRUB WITH LORISA®

Membantu mengecutkan jerawat, pudarkan parut jerawat, membuang kulit kusam & mengeluarkan blackhead/whitehead dari liang pori.

Caranya: Basahkan muka dengan sedikit air, gosokkan iFlawless Facial Scrub With Lorisa® secara urutan membulat ke muka. Bersihkan dengan air bersih dan lap dengan tuala kering. Gunakan 3 kali seminggu.

 

 

LAKUKAN SECARA KONSISTEN

Pastikan kulit muka juga tidak terdedah pada sinaran matahari dan lakukan skrub setiap minggu. Cara yang mana paling mudah bagi uolls untuk menghilangkan blackhead & whitehead uolls tu?

Love,

Mommy

 

 

  



 

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.