5 KESAN BURUK JIKA MENGABAIKAN PENJAGAAN MUKA

Pernah uolls mengeluh dan stress bila setiap kali melihat muka di cermin? Sampai kan rasa malu nak tengok muka sendiri dengan kulit yang kusam, masalah jerawat lagi naik sana dan sini.

Lebih-lebih lagi bagi wanita yang bekerja, uolls perlu berhadapan dengan ramai orang. Jadi penampilan diri sangat perlu dititikberatkan termasuklah muka supaya uolls lebih berasa yakin dan orang yang memandang kita juga turut yakin dengan kita.

Jom Mommy kongsikan 5 KESAN BURUK kalau uolls mengabaikan penjagaan muka. Nampak macam perkara remeh je tau tapi Mommy tahu uolls risau kan?

 

1. Hilang keyakinan diri

Bila muka kusam tak bermaya, mulalah rasa hilang keyakinan diri. Takkan nak terperap sahaja di dalam rumah, tak berjumpa dan bergaul dengan orang ramai. Belum keluar rumah pun dah stress, macam mana uolls?

2. Disangka tidak tahu jaga penampilan

Bersusah payah uolls mencari penyelesaian untuk masalah muka uolls tapi ada di antara kawan-kawan yang mengata uolls tidak menjaga penampilan diri. Uolls jangan putus asa, stay focus dengan apa yang uolls dah rancangkan. Sanggup ke uolls berkurung sahaja di rumah semata-mata tak mahu berhadapan dengan orang ramai

3. Salah guna produk penjagaan muka

Hati-hati dalam memilih produk penjagaan muka. Jangan terlalu taksub dan terpengaruh dengan result yang menjanjikan cantik dalam tempoh yang singkat, takut kandungan di dalam produk itu adalah dari bahan terlarang. Bila muka dah breakout teruk, barulah uolls nak menyesal

4. Nampak tua dari usia

Masalah penuaan akan cepat berlaku sekiranya uolls tidak menjaga muka. Seiring bertambahnya usia, pergantian sel kulit baru menjadi lambat, apalagi memasuki usia di atas 30 tahun. Jeragat, jerawat, kulit kusam semua tu mendorong kepada kulit mati. Kalau uolls tak ambil apa-apa tindakan, bertimbunlah sel kulit mati tu dan akan menimbulkan kedutan pada muka. Nak jadi macam tu?

5. Risiko orang sekeliling jauhkan diri.

Jika uolls terlalu selesa sangat dengan wajah yang kusam, gelap dan tidak bermaya jangan terkejut jika satu hari nanti, kawan-kawan atau kekasih hati menjauhkan diri dari uolls.

Mungkin bila ini dah terjadi, barulah uolls tersedar tentang pentingnya menjaga penampilan diri lebih-lebih lagi bagi wanita yang sudah bergelar isteri. Suami pun pasti bersemangat jika isteri sentiasa menjaga penampilan wajah dan diri. Uolls cantik-cantik pun untuk suami tersayang juga, kan?

Love,

Mommy

 

 

  



 

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.