5 PUNCA KULIT KUSAM YANG SERING WANITA LAKUKAN DAN CARA ATASINYA

5 punca kulit kusam dari iFlawless

Wanita mana yang tak stress bila nampak kulit makin gelap atau lebih sinonim dengan namanya kulit kusam.

Bila jadi kulit kusam, uolls akan mula fikir apa puncanya. Kalau baru tukar skincare (pakai tak sampai sebulan lagi) uolls akan letak kesalahan adalah dekat skincare yang uolls baru gunakan. Betul kan? Hakikat sebenar, ada sebab lain berlakukanya kulit kusam yang uolls sering lakukan tanpa sedar. Uolls perlu tahu, sel kulit wajah baru akan terhasil dalam tempoh 27 hari, jadi secara logiknya ianya tiada kaitan dengan skincare yang uolls baru gunakan.

Jangan risau, Mommy akan kongsikan 5 punca kulit kusam dan cara atasi masalah kulit kusam

#1 Dehydration (kurang air)

Ok, dehydration bukan maksudnya uolls jenis kulit kering ya. Jenis kulit kering adalah disebab faktor genetik, hormon tak stabil dan beberapa lagi faktor berkaitan. Jenis kulit kering tak boleh diubah kepada jenis kulit

lain, sebaliknya kena gunakan pelembap sahaja

Tapi dehydration ni boleh berlaku dekat semua jenis kulit & boleh diatasi. Punca dehydration contohnya pengambilan kaffien, cuaca, perubahan diet, & lifestyle. Kandungan air dalam kulit wajah uolls akan berkurangan dan menjadi punca uolls nampak letih dan akhirnya berlaku kulit kusam

Cara atasi dehydration: Uolls perlu pastikan uolls minum air yang banyak setiap hari iaitu 8 gelas sehari. Lakukan selama 2 minggu secara konsisten untuk lihat hasilnya. Selepas 2 minggu kalau uolls perasan kulit dah tak kusam, uolls tetap kena teruskan ya

#2 Uolls tidak lakukan exfoliation dalam rutin skincare uolls

Rutin skincare yang akan uolls buat ialah cuci muka. Yes memang bagus cuci muka 2-3 kali sehari tapi step yang uolls kena tambah dalam rutin skincare uolls ialah exfoliation.

Kulit kering dan sel kulit mati adalah punca berlaku kulit kusam. Ianya akan mengurangkan penyerapan serum & pelembap. Jadi uolls perlu lakukan exfoliation!

Cara atasinya: Masukkan dalam rutin skin uolls exfoliation. Uolls boleh pilih untuk lakukan chemical atau physical exfoliation.Pilih chemical exfoliation yang mengandungi AHA/BHA yang mengandungi kuantiti yang serasi dengan kulit uolls.Bagi physical exfoliation, pilih yang lebih lembut dan tidak terlampau kasar

Macam Mommy, Mommy gunakan iFlawless Facial Toner LORISA setiap kali selepas cuci muka. Mommy juga akan gunakan Facial Scrub LORISA 3 kali seminggu

#3 Uolls lupa untuk lembapkan kulit setiap hari

Kadang-kadang uolls fikir cukup dengan hanya lakukan rutin skincare cuci muka dan gunakan serum sahaja. Tak betul! Uolls perlu tahu, adalah serum yang uolls pakai membantu atau mempunyai bahan yang boleh melembapkan kulit wajah? Kulit wajah yang kurang lembap menyebabkan kulit akan lebih nampak kusam

Cara atasinya: Semak rutin skincare uolls,pastikan uolls masukkan langkah baru iaitu “guna pelembap”. Walaupun kulit uolls jenis berminyak, tolong jangan skip gunakan pelembap

Mommy dah 3 tahun gunakan iFlawless Minyak Argan Emas. Pagi, malam dan sebelum menyapu foundation

#4 Uolls dalam keadaan SUPER-STRESSED

Stress memberi kesan kepada kesihatan & penampilan kulit wajah uolls. “Stress boleh menyebabkan kortisol bertambah dan memberi kesan kepada peredaran darah ke kulit” - Dr Luftman

Cara atasinya: Masalah stress ni sebenarnya bergantung kepada cara uolls menghadapinya. Cuba lari sebentar dari masalah yang menyebabkan stress. Lakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan masalah yang menjadi penyebab kepada stress. Lebihkan SELFCARE supaya diri lebih rasa dihargai

#5 Tidur yang tidak mencukupi dan tak teratur

Perasankan, bila uolls tidur tak cukup kulit uolls juga akan nampak tak bermaya & kusam. Sewaktu tidur, akan berlaku proses pembaikan sel kulit wajah

Cara atasinya: setkan masa 7-9 jam sehari untuk tidur waktu malam...  

Mommy dah kongsi 5 punca dan cara atasi. Uolls lakukannya dalam masa 2 minggu dan lihat perubahannya..

Selamat mencuba!

Love, 
Mommy Nina


Leave a comment