5 TIPS ATASI KULIT KERING KETIKA BERPUASA

Ketika berpuasa kulit mudah menjadi lebih kering kerana tidak mendapat air yang secukupnya pada siang hari. Masa berpuasa uolls tidak boleh makan dan minum sehingga 14 jam lamanya, sehinggakan tubuh kita kena sesuaikan dengan situasi di mana kulit akan menjadi kering kerana kekurangan air, terutama kulit muka & bibir.

Kulit muka akan senang menjadi kusam, kasar dan kering. Keadaan ini lebih teruk bagi individu yang tidur sepanjang hari atau bekerja di dalam bilik berhawa dingin

Uolls jangan ambil mudah ye tentang masalah kulit kering ni, kalau tak ambil langkah pencegahan awal, takut keadaan lebih parah tau. Jangan risau, Mommy ada tips macam mana nak jaga kulit muka supaya tak kering, kekal segar, sihat & cantik sehingga raya nanti.

BAGAIMANA MENJAGA KULIT AGAR KEKAL CANTIK SAAT BERPUASA?

1. Minum banyak air kosong - Amalkan meminum air kosong ketika bersahur dan selepas berbuka. Air kosong ini banyak manfaat tau, bukan je dapat menghidrat dan melembapkan muka, tapi boleh buatkan uolls bertahan sepanjang hari dari lapar & dahaga

2. Gunakan pelembap & spray muka - Jika uolls bekerja di pejabat yang berpenghawa dingin, pastikan uolls ada spray muka untuk pastikan kesegaran muka terjaga. Penggunaan pelembap muka juga sangat membantu melembapkan muka sepanjang hari. Uolls boleh menggunakan iFlawless Facial Mist sebagai spray muka dan juga Minyak Argan Emas iFlawless sebagai pelembap wajah dan juga boleh digunakan di bibir untuk elak bibir merekah.

3. Kurangkan solekan tebal - Elakkan pemakaian solekan yang tebal sepanjang bulan Ramadhan. Selain mengelakkan kulit kering, ia dapat juga merehatkan kulit dari bahan kimia yang ada di dalam bahan mekap. Jika masih mahu mengenakan solekan, disarankan untuk gunakan facial serum seperti iFlawless Facial Serum with LORISA® sebelum mekap supaya kulit muka dapat dirawat dan dilindungi. 

4. Menjaga kebersihan kulit - Membersihkan wajah adalah perkara paling utama dalam perawatan kulit muka supaya kekotoran yang melekat pada muka tidak menjejaskan kesihatan kulit. Pilih pembersih muka yang tidak mengandungi banyak buih seperti iFlawless Facial Treatment supaya dapat menstabilkan keadaan pH kulit muka dapat agar kulit tidak menjadi terlalu kering.

5. Faktor pemakanan sihat - Pengambilan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran juga amatlah penting. Banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan serat agar kulit sentiasa sihat sepanjang bulan ini.

Diharap perkongsian Mommy ini dapat membantu uolls dalam memelihara kesihatan kulit wajah sepanjang bulan Ramadhan. Kita sebagai seorang wanita sememangnya inginkan kulit yang cantik dan sihat. Lebih-lebih lagi di Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang nanti.

Pastikan uolls ikut kelima-lima tips yang Mommy kongsikan tadi. Yang paling penting, uolls kena ada waktu tidur dan rehat yang berkualiti sebab tidur yang cukup akan menjaga kulit agar kekal sihat dan bersinar. Rehat yang cukup sangat membantu kulit tetap cantik ketika puasa.

Love,

Mommy


  



 

1 comment

  • Tq Mommy share info ni.

    Anita

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.