6 KESILAPAN WANITA MENCUCI MUKA PUNCA KULIT BERMASALAH

Mungkin uolls sangka punca masalah kulit adalah dari pemakaian produk yang salah. Pernah tak uolls terfikir sebenarnya cara uolls mencuci muka juga adalah salah satu punca terjadinya kulit muka bermasalah.

Cara kita cuci muka pun memainkan peranan penting ye uolls. Ada 6 kesilapan wanita mencuci muka yang boleh menyebabkan timbulnya jerawat, kulit kemerahan, menggelupas serta kering.

6 KESILAPAN MENCUCI MUKA UOLLS PERLU TAHU!

1. Cuci terlalu kerap

Bila muka kerap berpeluh dan berminyak mesti uolls nak cuci muka. Rasa rimas bila terasa muka melekit-lekit. Kalau dah jadi macam tu uolls memang wajib cuci tapi jangan sekali-kali cuci berkali-kali. Rasa rimas je cuci. NO! 

Ada 2 kesan buruk jika uolls kerap mencuci muka. Pertama, muka uolls akan menjadi lebih kering dan hilang kelembapan semulajadinya. Kedua, kulit akan cenderung jadi lebih berminyak serta naik jerawat.

Jadi untuk mengekalkan kelembapan dan melembutkan lagi kulit muka uolls, uolls boleh memakai iFlawless Facial Treatment. Ia membantu membersihkan kotoran yang menyumbat liang pori serta melicinkan kulit selepas di cuci. Uolls akan rasa segar sangat selepas mencuci muka tau.

2. Gosok muka kuat-kuat

Ramai yang beranggapan kalau gosok muka semasa mencuci itu adalah perkara elok, boleh membersihkan liang-liang pori secara mendalam, baik uolls hentikan. Tidak akan memberikan kesan yang baik pun jika gosok terlalu kuat. Memang kotoran yang melekat itu akan hilang, tetapi uolls akan menyebabkan kulit muka uolls mengalami keradangan kulit. Uolls nak ke kulit muka uolls 'cedera' dari dalam?

3. Selalu pakai skrub

Tekstur skrub agak sedikit kasar sebab kandungan garam yang ada di dalam skrub tersebut. Uolls tidak boleh memakai skrub setiap hari tau takut ia akan menyebabkan kulit muka uolls menipis dan akan buatkan kulit muka lebih sensitif. 

iFlawless memperkenalkan produk penjagaan muka iaitu iFlawless Facial Scrub With Lorisa® yang merupakan produk skrub Anti Bakteria No.1 di Malaysia. Kandungan 'Garam Himalaya' yang terdapat di dalam skrub ini bersifat lembut pada muka sebaik sahaja uolls gosokkan di muka. Gunakan 3 kali seminggu untuk membersihkan kotoran yang menyumbat liang-liang pori, merawat jerawat dan melicinkan kulit muka.

4. Syampu rambut terkena pada muka

Syampu ni diperbuat dari campuran bahan pelembap dan minyak untuk melembutkan rambut. Sekiranya lebihan syampu tadi terkena pada muka semasa uolls sedang mandi, minyak yang ada pada syampu tersebut boleh diserap masuk ke dalam kulit muka. Itu yang menyebabkan jerawat timbul sana dan sini.

5. Biarkan peluh tanpa di lap

Jangan biarkan peluh kering sendiri tanpa di lap dengan tuala yang bersih. Peluh kan sejenis cecair yang dikeluarkan dari badan untuk membuang sisa toksin dalam badan kita. Jadi bila peluh tadi tidak dilap nanti akan diserap masuk semula ke dalam kulit muka. Kan tak best macam tu? 

6. Tuala badan buat lap muka

Haaa yang ini paling ramai buat kan? yelah uolls rasa gunakan satu tuala sahaja untuk lap semua anggota badan dah memadai. Mungkin malas nak guna banyak-banyak tuala. Tapi tak elok tau kalau berkongsi tuala badan untuk dijadikan tuala lap muka.

Lagipun tuala badan kita lebih banyak kotoran/kuman yang akan melekat, jadi adakah uolls sanggup nak mengelap muka uolls dengan tuala yang ada kuman?

 

Sekarang uolls dah tahu kan, punca-punca kenapa kulit masih lagi bermasalah walaupun kerap mencuci muka. Jadi jangan lakukan lagi kesilapan ni tau!

Love, 

Mommy

  



 

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.