6 BAHAN DALAM SKIN CARE PRODUCTS YANG PERLU DIELAK OLEH IBU MENGANDUNG

Semakin banyak skin care products yang mengandungi bahan-bahan yang bahaya. Tapi, sebagai pengguna Mommy yakin uolls sendiri selepas membaca blog ini dapat menentukan sama ada skin care tersebut bersesuaian atau tidak terutamanya kepada ibu mengandung. 
Mommy menyarankan ibu mengandung untuk berhenti menggunakan skin care products jika terdapat bahan-bahan yang bahaya untuk janin.
1. Benzoly Peroxide
Ha! Benzoly Peroxide ini di antara bahan yang sangat bagus untuk rawat jerawat. Malang sekali Benzoly Peroxide tidak di galak oleh Pakar Dermatologi dari luar negara untuk digunakan oleh ibu mengandung. Benzoly Peroxide ni bahaya untuk pembesaran janin.
2. Hydroquinone
Berhati-hati bila uolls memilih produk untuk memutihkan wajah. Walaupun kadang-kadang uolls dah check kandungan bahan tiada tertera perkataan Hydroquinone dalam skin care products tersebut. Tapi, bila uolls pakai, kesan yang uolls dapat adalah kulit cerah seawal satu minggu pemakaian. Mungkin terdapat Hydroquinone di dalam produk tersebut yang tidak dinyatakan. Hydroquinone adalah Ejen Pemutih kulit yang sering kali digunakan untuk putihkan kulit wajah atau untuk rawat jeragat. Ada kajian yang dijalankan, selepas beberapa minit menyapu Hydroquinone di kulit wajah, ianya dapat dikesan melalui ujian air kencing (urine test). Tapi sehingga kini masih lagi tiada kajian dapat membuktikan ianya boleh sampai kepada janin. Cuma, Mommy rasa lebih baik kita berhati-hati. Anak dalam kandungan adalah Amanah Allah yang perlu dijaga dan diberikan khasiat-khasiat yang baik
3. Parabens
Ada sesetengah pendapat menyatakan Parabens boleh menyumbang kepada Kanser Payudara. Parabens digunakan dalam kebanyakan skin care dan cosmetics sebagai preservative. Sebagai ibu mengandung atau tidak, lebih baik untuk kita berhati-hati 
4. Phthalates
Phthalates adalah di antara bahan yang digunakan dalam skin care dan cosmetics. Tujuan utama adalah untuk stabilkan formula skin care atau cosmetics. Walau bagaimanapun, mengikut pembacaan Mommy, Phthalates berkait akan memberi kesan kepada hati, buah pinggang, paru-paru dan sistem persenyawaan. Pastikan uolls elak menggunakan skin care atau cosmetics yang bahan ini, cara semak ialah sekiranya terdapat nama yang mempunyai sambungan -phthalates bermaksud ianya perlu di elakkan
5. Suncreen
Elak menggunakan sunscreen yang mengandungi bahan Avobenzone, homosalate, octisalate, octocrylene, oxybenzone, oxtinoxate, menthyl anthranilate, dan oxtocrylene. Semua yang ada bahan ni kena elakkan. Kajian juga dah jumpa bahan suncreen yang bagus seperti zinc oxide atau Titanium dioxide.
6. Botulinum Toxin
Haaa, yang ni ekstrem sikit. Sebab ianya ada dalam bahan untuk cucuk Botox. Walaupun tak ada lagi kajian spesifik tentang bahaya Botox ketika pregnant, tapi salah satu fungsi Botulinum Toxin ni fungsinya adalah melumpuhkan muscle-muscle di bahagian muka supaya tak nampak berkedut sangat. Nak ke ambil risiko kalau kita tahu ada nyawa dalam perut kita?
Orite! Mommy harap perkongsian Mommy di blog nii bagi manfaat dekat uolls. Mommy yakin & percaya tiada seorang ibu di dunia ni yang tak nak berikan yang terbaik kepada anak. Betul?

Love, 
Mommy!
 


Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.