7 PUNCA KERAP NAIK JERAWAT & CARA MERAWATNYA
Masalah jerawat ni bukan saja isu remaja, malah orang dewasa juga sering mengalaminya, tak kira usia.
Ibarat mimpi ngeri apabila bangun saja dari tidur tiba-tiba ada seketul jerawat tumbuh dengan riangnya atas kulit muka kita ni. Terus rasa nak menjerit depan cermin tu kan. Urghh bencinya!!
Apa sebenarnya punca yang menyebabkan jerawat tumbuh? Sebelum kita mengetahui tentang punca jom kita kenali dulu jenis jerawat yang ada pada muka.
5 JENIS JERAWAT YANG PERLU UOLLS TAHU
KETAHUI 7 PUNCA NAIK JERAWAT
1. Terlampau stress - Perasan tak kalau uolls stress mesti jerawat akan naik mencanak? Kalau uolls nak tahu bila berada dalam keadaan stress, adneralin dan hormon androgen dalam badan kita akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca terhasilnya pertumbuhan jerawat.
2. Alat solek tidak dibersihkan - Uolls gemar bersolek? Tapi pastikan ye alat solek seperti berus mekap/sponge uolls dalam keadaan yang bersih. Jagalah kebersihan berus mekap/sponge supaya bakteria tidak terperangkap dan melekat pada berus serta akan mengakibatkan jerawat naik.
3. Debu/kotoran pada telefon bimbit - Apa kena mengenanya telefon dan jerawat? Bila uolls lekapkan telefon bimbit terlalu lama ke telinga sekaligus ia akan terkena pada pipi kita kan. Cuba uolls tengok pada screen telefon bimbit uolls, kesan minyak pada pipi tadi melekat pada screen pula. Uolls boleh je bersihkan dulu screen telefon bimbit sebelum lekapkan ke pipi supaya debu/kotoran pada screen tak melekat pula pada pipi.
4. Cuci muka sebelum cuci rambut - Biasanya bila uolls mandi, uolls akan cuci muka dulu. Jangan amalkan rutin macam tu. Sebabnya, masa kita mencuci rambut, minyak yang datang dari kulit kepala akan turun ke muka selepas siram dengan air. Itu yang akan menyebabkan jerawat naik pada muka pula. So sebaiknya, cuci muka selepas mencuci rambut ye.
5. Tuala lap muka tak bersih - Sepatutnya uolls perlu ada tuala khas untuk lap muka tau. Sebab bila uolls gunakan tuala mandi sebagai tuala untuk lap muka, tak dijamin kebersihannya. So asingkan tuala untuk lap muka ye dan keraplah basuh tuala tersebut supaya sentiasa bersih.
6. Kerap memicit jerawat - Tabiat memicit jerawat ni sangat tak elok terutamanya bila uolls picit jerawat menggunakan jari dan kuku yang kotor. Itu akan meninggalkan parut jerawat tau. Sebaiknya jika masih nak picit jerawat, gunalah lap atau tisu sebagai alas pada jari. Jangan direct guna jari tau.. BIG NO!
7. Rutin jaga muka tak konsisten - Uolls beriya-iya beli set skincare itulah inilah, kerap bertukar-tukar pula tu, macam mana nak dapatkan result yang terbaik. Seeloknya bila uolls dah gunakan sesuatu set skincare tu, gunakanya secara konsisten mengikut cara penggunaan yang dicadangkan. Barulah kulit sihat seperti yang dimahukan.
Jadi apa yang perlu dilakukan sewaktu jerawat tumbuh pada muka? So Mommy ada cara untuk merawat jerawat kalau jerawat tumbuh dekat muka.
CARA MERAWAT JERAWAT

wah hebat produk ni . sy berminat tapi kalau boleh nk free je dlu . nk try sesuai ke tak dngn muka klau ok terus repeat 😉😍
Berapa 1 set iflawlees ni,,apa jea kelebihan dia
thanks for sharing!
Leave a comment