7 TANDA KULIT KUSAM. BAGAIMANA CARA ATASINYA?

Semua wanita pasti mengidamkan kulit yang sihat dan cantik. Alangkah bahagianya kalau keluar rumah tanpa kenakan secalit 'make-up' tapi masih lagi muka nampak berseri-seri.

Antara masalah kulit yang sering wanita di Malaysia hadapi ialah kulit kering, kulit kusam dan tidak bercahaya.

Ini berlaku sebab cuaca di Malaysia mengalami cuaca lembab dan panas sepanjang tahun. Ia akan menyebabkan sel kulit mati di permukaan wajah dan penyebab kepada masalah kulit kusam. Jika tidak diatasi segera, ia boleh menjejaskan penampilan kita pada jangka masa panjang.

Mommy kongsikan 7 TANDA utama kulit muka uolls jadi KUSAM :

#1 : MOOD STRESS/TEKANAN 

Stress ni salah satu masalah psikologi. Contohnya stress di tempat kerja, dengan orang terdekat, family atau stress bila menghadap jalan 'jammed'

Kalau uolls nak tahu, stress ni boleh mengakibatkan peningkatan penghasilan minyak melalui kelenjar muka & seterusnya jadikan kulit muka kusam.

#2 : TERDEDAH SINARAN UV/MATAHARI

Memang betul sinaran matahari adalah salah satu sumber vitamin A tetapi jika uolls terlalu terdedah dengan matahari dalam tempoh yang lama akan memberikan kesan buruk pada kulit muka.

Ini kerana sinar matahari ada sinaran Ultra Violet (UV) yang boleh merosakkan kulit secara perlahan dan membuatkan kulit kering serta kusam.

Bukan kulit kusam je, ia juga boleh sebabkan masalah kulit yang lain. 

#3 : TAK AMALKAN RUTIN PENJAGAAN MUKA

Sebagai manusia, kita tak boleh lari dari melakukan aktiviti di luar yang secara tidak langsung membuatkan debu-debu atau sisa kotoran boleh melekat pada muka kita.

Debu-debu ni sangat halus dan sukar terlihat oleh mata kasar uolls. Disebabkan itulah uolls sangat-sangat perlu mencuci muka sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

#4 : FAKTOR GENETIK

Mesti ramai tak sangka faktor genetik adalah punca kepada masalah kulit kusam. Kebanyakan yang kita tahu masalah kulit ni adalah berpunca daripada faktor luaran.

Untuk pengetahun uolls, faktor genetik adalah faktor yang tak dapat dielakkan. Kalau keluarga uolls mempunyai sejarah ada masalah kulit kusam atau masalah kulit berminyak, uolls juga berpotensi mewarisi masalah itu dari ibu atau bapa.

#5 : KURANG BEREHAT/TIDUR

Setiap orang kena tidur setidak-tidaknya 6 jam sehari untuk dapatkan rehat yang secukupnya. Kurang tidur akan menyebabkan pelbagai penyakit yang boleh jejaskan kesihatan. Tapi sekarang Mommy nak beritahu, kalau uolls kurang tidur juga boleh sebabkan masalah kulit.

Sebab nya ialah pada malam hari muka dan badan kita sedang menjalankan proses penting iaitu proses penggantian sel-sel kulit baru. Jika kita kurang tidur mengikut waktu yang betul, maka sel-sel kulit tidak dapat diproses dengan sempurna. Sebab itu masalah kulit kusam terjadi.

#6 : PENGGUNAAN PRODUK KECANTIKAN/KOSMETIK YANG SALAH

Bermacam-macam jenis dan jenama produk kecantikan/kosmetik yang wujud sekarang ni. Sehinggakan uolls keliru tak tahu untuk membuat pilihan sebab terlalu banyak fungsi untuk pelbagai masalah kulit.

Ada yang bagus tapi tak kurang juga banyak yang tidak selamat digunakan. Contohnya gunakan bahan-bahan yang terlarang dan tiada kelulusan KKM.

Sebab itulah, kulit uolls bukan sahaja jadi kusam malah ada yang jadi lebih teruk hingga mencacatkan rupa. Naik jerawat bernanah, muka kemerah-merahan, kulit seperti melepuh dan macam-macam lagi. 

Jadi berhati-hatilah memilih produk kecantikan. Pastikan uolls dapatkan produk yang dipercayai dan mempunyai kandungan yang natural.

#7 : KURANG PENGAMBILAN VITAMIN

Badan kita ni amat memerlukan vitamin untuk melalukan bermacam-macam aktiviti dan ia juga buatkan tubuh badan uolls lebih sihat dan segar. Dengan cara pengambilan vitamin inilah yang akan membantu kulit lebih sihat dan bercahaya.

Kulit yang kekurangan vitamin akan menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti kulit kusam dan juga kulit berminyak.

 

BAGAIMANA NAK ATASI MASALAH KULIT KUSAM?

Ada cara menyelesaikannya? Mestilah ada! 

Jadi untuk langkah lebih selamat, gunakan produk iFlawless Skincare yang mengandungi 99.5% kandungan bahan natural yang selamat digunakan dan berkesan. Ia terbukti telah membantu ramai wanita selesaikan masalah kulit kusam.

 

Terdiri daripada 6 produk dalam satu iFlawless Complete Set yang membantu atasi 6 masalah kulit bukan sahaja masalah kulit kusam tetapi masalah kulit lain seperti jerawat, parut jerawat, pori-pori besar, kulit berminyak dan takut naik jeragat.

PRODUK YANG ADA DI DALAM SET INI :

  1. iFlawless Facial Treatment (cleanser)
  2. iFlawless Facial Serum With Lorisa®
  3. iFlawless Facial Mask
  4. iFlawless Facial Mist
  5. iFlawless Facial Scrub With Lorisa®
  6. iFlawless Minyak Argan Emas (pelembap)

Boleh layari produk-produk iFlawless di website rasmi di sini www.iflawless.com

Love,
Mommy

 

 

 

  



 

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.