CARA MENGGUNAKAN FACIAL SCRUB DENGAN BETUL

Menjaga kesihatan kulit muka tidak cukup dengan mencuci muka sahaja. Tanpa disedari sel-sel kulit mati akan melekat pada kulit uolls setiap hari. Tahukah uolls, purata dalam setahun sebanyak 4kg sel kulit mati terkumpul pada permukaan kulit!

Masalah kulit seperti kering, menggelupas, bintik hitam dan jerawat berpunca daripada timbunan sel kulit mati di lapisan kulit.

Untuk menyingkirkannya, uolls boleh gunakan scrub. Scrub adalah cara merawat wajah dengan membersihkan sel mati. Selain itu scrub juga mempercepatkan proses regenerasi sel kulit iaitu penggantian sel kulit baru. 

So Mommy akan ajar uolls cara yang efektif gunakan iFlawless Facial Scrub With LORISA® dengan 6 LANGKAH mudah! Let's check it out!

 

CARA MEMAKAI SCRUB

LANGKAH 1 - Basuh muka sebelum pakai scrub. Seeloknya dengan air suam supaya liang-liang pori di muka akan terbuka untuk memudahkan kotoran yang terperangkap dalam liang-liang pori dikeluarkan dengan mudah.

LANGKAH 2 - Ambil sedikit iFlawless Facial Scrub With LORISA® dan gosokkan secara perlahan dengan urutan membulat. Berhati-hati ketika menggosok, elakkan gosok yang terlalu keras supaya kulit tidak jadi kemerahan. Pastikan tidak menggosok scrub lebih dari 60 saat bagi mengelakkan kerengsaan kulit.

LANGKAH 3 - Bilas scrub dengan air bersih. Lepas scrub, kulit uolls akan berasa sangat licin dan lembut.

LANGKAH 4 - Lap muka uolls dengan tuala bersih ya!

LANGKAH 5 - Sapukan serum atau pelembap pada muka. Ini bertujuan untuk mengekalkan kelembapan kulit dan membantu mencegah lebihan pengeluaran minyak di muka. Uolls boleh gunakan iFlawless Facial Serum With LORISA® dan iFlawless Minyak Argan Emas (pelembap).

LANGKAH 6 - Gunakan iFlawless Facial Scrub With LORISA® 3 kali seminggu. Jika baru mencuba untuk berskrub, uolls boleh mulakan dengan hanya sekali seminggu, kemudian tingkatkan kekerapan penggunaan mengikut keserasian kulit. Sesuai untuk masalah kulit berjerawat.

 

Kelebihan berskrub

  • Singkir kulit mati
  • Melicinkan kulit
  • Memudarkan parut
  • Mengelakkan pori-pori tersumbat
  • Memudahkan penyerapan produk wajah 

 

Kandungan Yang Natural

Kalau uolls nak tahu, inilah Facial Scrub pertama dalam Malaysia yang berasaskan 100% bahan natural. Tiada bahan bahaya atau bahan kimia! iFlawless Facial Scrub With LORISA® mengandungi Garam Himalaya yang kaya dengan bahan mineral semulajadi dan juga ia anti bakteria, mampu mengecutkan jerawat dan sesuai untuk kulit sensitif.

 

Ika adalah pengguna setia iFlawless yang telah menggunakan Full Set iFlawless Skincare. Ika telah mencuba pula pakai iFlawless Facial Scrub With LORISA® dan ternyata Ika sangat teruja dengan hasilnya sebab kulit muka Ika rasa jadi sangat-sangat lembut.

 

Noreen mendapati jerawat yang selalu tumbuh di dahi tidak lagi tumbuh selepas 3 kali memakai iFlawless Facial Scrub With LORISA®. 

Apa kata uolls cuba pakai iFlawless Facial Scrub With LORISA® sekarang. Kongsi dan share artikel ini jika ia bermanfaat!

Love, 

Mommy

  



 

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.