KEBAIKAN MINYAK ARGAN UNTUK WAJAH

Apa itu Minyak Argan atau Argan Oil? Minyak Argan adalah produk organik yang diformulasikan dan di ekstrak daripada pokok Argan, iaitu sebuah pokok yang berasal dari Morocco. Ia sangat kaya dengan khasiat dan nutrien yang bermanfaat termasuklah asid lemak, antioksidan dan vitamin E.

Seperti mana yang kita tahu, Minyak Argan sangat bagus untuk kulit wajah dan bukan itu sahaja, ia juga baik untuk rambut dan seluruh kulit pada tubuh badan.

Minyak Argan kini semakin menjadi pilihan makeup artis di Malaysia sebagai asas makeup supaya makeup jadi tahan lama dan sekaligus merawat kulit secara semulajadi.

Sebenarnya dulu Mommy banyak terlibat dengan makeup pengantin selepas berhenti kerja sebagai Pegawai Penyelidik (Engineering Field). Mommy suka makeupkan pengantin dengan hasil solekan yang Natural. Mommy menggunakan foundation dan primer yang boleh dikatakan dalam kategori yang “mahal” dengan harapan makeup pengantin akan tahan lebih lama.



Tapi uolls tahu tak, pelbagai teknik solekan Mommy dah cuba untuk pastikan makeup tahan lama dan ada juga sesetengah muka pengantin, hasil makeup tu membuatkan muka jadi kering, kelihatan garisan 'smile line' di sekitar mulut dan kemudian makeup jadi bercapuk. Mommy rasa sangat tak happy masa tu. Dari jauh nampak cantik, tapi bile tengok dari jarak dekat hmmmm Mommy boleh mengucap panjang.



So dari situlah Mommy study apa yang sebenarnya dapat membantu solekan jadi tahan lama tidak kiralah kulit wajah pengantin tu jenis oily ke, kombinasi, normal atau sebagainya.


Pada masa tu, Minyak Argan belum lagi popular pun kat malaysia. Banyak yang berada di pasaran, Minyak Argan digunakan sebagai bahan di dalam shampoo rambut atau minyak yang boleh disapu seluruh badan. Pada Mommy! Kulit wajah sangat istimewa dan tidak boleh disamakan dengan kulit kaki, tangan atau rambut

Berdasarkan pengalaman kerja Mommy sebagai Pegawai Penyelidik di Universiti, Mommy dah terbiasa baca Journal dari researcher. So! Dari situ lah Mommy dapat formula, Minyak Argan ada gred tersendiri. Dari situ Mommy belajar tentang minyak-minyak Argan yang berada di pasaran yg mana boleh digunakan untuk muka atau pun tidak. Hati-hati ya, elakkan dari menggunakan Minyak Argan yg dicampurkan dengan minyak lain yang terlalu banyak. Sebab itulah ada Minyak Argan yang uolls guna mempunyai teksturnya yang pekat, berminyak atau melekit.

Akhirnya! Disebabkan iFlawless memilih gred Minyak Argan yang berkualiti, bermula dari tahun 2016 sehingga kini lebih dari 190,000 botol Minyak Argan Emas yang telah selamat sampai kepada pengguna. Antara feedback yang Mommy dapat “kulit cepat jadi lembap dan tak berminyak langsung”



Dan kalau uolls nak tahu, Minyak Argan Emas iFlawless adalah brand pertama di Malaysia yang educate pengguna untuk selesaikan masalah kulit kering, bibir kering dan makeup bercapuk

Uolls pernah guna Minyak Argan Emas? Ape yang uolls rasa? Jom share dengan Mommy diruangan komen di bawah.

Love,
Mommy

  



 

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.