KENALI JENIS KULIT UOLLS DAN CARA PERAWATANNYA.. UOLLS JENIS KULIT APA YA?

Setiap orang memiliki jenis kulit wajah yang berbeza-beza. Fitrah manusia pula pastinya ingin memiliki kulit muka yang cantik, sihat dan bersih tetapi untuk mempunyai kulit muka yang sempurna perlukan penjagaan yang sesuai dan teratur bersama penggunaan produk yang baik dan berkesan.

Tetapi sebelum itu, kenali dulu jenis kulit uolls lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, dikhuatiri akan memberi kesan pada kulit muka.

Kulit berminyak? Kulit kering? Normal skin? Combination skin? atau kulit sensitif? Jika masih tak pasti kulit uolls kategori yang mana, jom Mommy share tips untuk kenali jenis kulit uolls untuk mudahkan dalam pemilihan produk kecantikan wajah.

1. Kulit Berminyak

Kulit berminyak terhasil akibat liang-liang pori muka terlalu besar sekaligus mengeluarkan minyak secara berlebihan dan membuatkan muka jadi berkilat.

Biasanya ia disebabkan perubahan hormon, cuaca ataupun bila uolls tengah stress.

 

Ciri-ciri muka berminyak

1. Muka nampak berkilat di sekitar dahi dan hidung.

2. Ditumbuhi jerawat, blackhead atau whitehead.

3. Lubang-lubang pori kelihatan besar.

 

Tips untuk merawat

1. Cuci muka 2 kali sehari sahaja atau ketika muka uolls sedang berpeluh.

2. Gunakan pembersih muka yang lembut seperti iFlawless Facial Treatment.

3. Gunakan iFlawless Facial Masker bagi menyerap minyak berlebihan serta dapat menyeimbangkan kelembapan kulit.

 

2. Kulit Kering

Kulit kering di sebabkan sedikit pengeluaran minyak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak pada muka. Terlalu terdedah dengan sinaran UV juga menjadi punca kulit menjadi kering.

Ada juga segelintir daripada kita mendapat kulit kering dari faktor genetik.

 

Ciri-ciri kulit kering

1. Kulit kelihatan seakan merekah, gatal-gatal dan boleh jadi iritasi.

2. Kulit menjadi sangat kusam.

3. Liang-liang pori sangat kecil sehingga langsung tidak kelihatan.

 

Tips untuk merawat

1. Jangan terlalu kerap mandi.

2. Sapukan pelembap pada wajah pagi dan malam. Boleh gunakan iFlawless Minyak Argan Emas sebagai pelembap harian.

3. Elakkan menggunakan pencuci muka yang banyak buih. Ha bolehlah pakai iFlawless Facial Treatment sebab ia kurang menghasilkan buih bila digosok.

4. Jangan terlalu kerap memakai solekan pada muka.

 

3. Kulit Kombinasi

Jenis kulit ini kebiasaannya dimiliki oleh penduduk di Malaysia. Ia akan kelihatan berminyak di sekitar T-zone (sekitar dahi dan hidung) dan kering di bahagian lain contohnya di pipi.

Ia terhasil akibat ketidakseimbangan pengeluaran minyak dan kering di beberapa kawasan muka.

 

Ciri-ciri kulit kombinasi.

1. Liang-liang pori besar di kawasan yang berminyak dan kecil di bahagian yang kering.

2. Jerawat, blackhead dan whitehead naik di kawasan muka yang berminyak.

 

Tips untuk merawat.

1. Pakai serum dan pencuci muka seperti iFlawless Facial Serum With Lorisa®  dan iFlawless Facial Treatment supaya dapat menyeimbangkan keadaan kulit muka uolls yang kering dan berminyak tu.

2. Untuk menambah kesegaran dan kekalkan kelembapan kulit boleh la semburkan iFlawless Facial Mist bila perlu.

3. Pakai scrub seperti iFlawless Facial Scrub With Lorisa® 3 kali seminggu untuk bersihkan liang-liang pori yang tersumbat dengan minyak dan kotoran. 

 

4. Normal Skin

Kulit yang tidak terlalu berminyak, tidak terlalu kering dan tidak ada jerawat. Tidak terlalu sukar untuk menjaga kulit normal ni sebab tak perlukan banyak perawatan wajah.

Beruntung siapa yang memiliki jenis kulit seperti ini.

 

Ciri-ciri normal skin. 

1. Kulit kelihatan halus dan lembut.

2. Liang-liang pori tidak kelihatan.

3. Jarang naik jerawat dan tidak sensitif.

4. Kulit nampak berseri-seri.

 

Tips untuk merawat.

 

1. Tidak memerlukan perawatan khusus selain membersihkannya dengan teratur setiap hari.

 

5. Kulit Sensitif

Jika uolls kerap mengalami iritasi dan allergik pada sesuatu produk kosmetik/penjagaan wajah, uolls tergolong dalam orang yang memiliki kulit sensitif.

Mudah naik kemerah-merahan dan seterusnya boleh buatkan jadi kegatalan. Perawatan khusus sangatlah perlu bagi mengetahui cara atau produk yang sesuai dengan jenis kulit sensitif.

 

Ciri-ciri kulit sensitif.

1. Kulit mudah terasa gatal.

2. Kulit seakan rasa seperti terbakar bila terdedah dengan matahari.

3. Kulit akan jadi kering.

 

Tips untuk merawat.

1. Pastikan memakai pelembap supaya kulit tidak terhidrasi.

2. Gunakan produk yang berasaskan kandungan natural seperti iFlawless Skincare Complete Set

3. Elakkan terdedah dengan sinaran matahari dan sapukan sunscreen apabila keluar rumah.

4. Berjumpa pakar kulit untuk lebih tahu cara perawatan khusus.

 

Jadi sekarang uolls dah tahu mana satu jenis kulit yang uolls miliki. Yang paling penting jangan menggunakan produk penjagaan wajah yang mempunyai bahan kimia seperti merkuri. Gunakan saja produk yang natural seperti iFlawless Skincare supaya kekal sihat dan berseri tanpa ragu-ragu.

Love,
Mommy

 

 

 

  



 

1 comment

  • Hi, kalau kulit bermasalah seperti kering dan sensitive, akan ada healing crisis tak lepas memakai product i flawless. Thanks

    Daphne

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.