KHASIAT DAUN PEGAGA UNTUK WAJAH

Seperti yang kita semua tahu, daun pegaga adalah sejenis ulam-ulaman yang boleh di makan bersama nasi serta dicicah dengan sambal belacan. Sedapkan? 

Daun pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman malah mampu memberi impak besar kepada kecantikan seseorang.

Orang tua-tua kata kalau kita nak cantik luar dan dalam, perlulah amalkan memakan sayuran hijau. Itu petua orang dulu-dulu yang memang terbukti sampai sekarang. Jika kita lihat orang tua-tua sekarang yang dari dulu mengamalkan memakan sayuran hijau, kesihatan tubuh badan mereka mungkin lebih baik dari kita yang masih muda ni.

Mommy sebenarnya nak share dengan uolls, daun pegaga ni selain boleh dimakan, Mommy ada petua macam mana nak jaga kulit muka kita supaya kelihatan awet muda dan sihat. Nak Mommy ajar uolls tutorial buat masker dengan menggunakan daun pegaga ni? 

Sebelum tu uolls kena tahu khasiat yang ada pada daun pegaga ni untuk kulit wajah kita.

KHASIAT DAUN PEGAGA UNTUK KULIT WAJAH

1. Meredakan keradangan kulit

2. Menyembuhkan jerawat

3. Menghasilkan sel kulit baru

4. Menghasilkan kolagen secara natural

Jom tonton video di bawah ni supaya uolls pun boleh amalkan petua ni sendiri di rumah.

 

Bahan-bahannya :
1. Daun pegaga
2. Tepung jagung
3. Air

 

Cara-caranya :
1. Hiris halus-halus daun pegaga
2. Campurkan daun pegaga dgn air & kemudian blend bersama sehingga hancur
3. Masukkan daun pegaga yg sudah di blend tadi bersama tepung jagung
4. Kacau adunan kedua-dua bahan tersebut sehingga menjadi pekat
5. Sapukan ke seluruh wajah (elakkan bahagian mata). Lepas tu uolls biarkan selama 15minit.

Selepas masker mengering, uolls boleh cuci muka dengan iFlawless Facial Treatment. 

Tak perlu keluarkan modal banyak untuk buat masker yang terbukti khasiatnya untuk wajah. Hanya dengan 3 bahan sahaja , uolls dah boleh dapatkan wajah yang sihat dan yang paling penting nampak awet muda. Suka kan? 


Love,

Mommy 


  




 

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.