KULIT MENGGELUPAS DAN CARA MENGATASINYA

Kulit wajah mengelupas adalah proses normal yang terjadi sebagai respon tubuh untuk membuang lapisan kulit mati.

Tapi kalau proses ini diikuti gejala lain seperti ruam, gatal, atau kering yang mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti iritasi kulit, terdedah sinaran matahari, infeksi, atau alergi, ini yang uolls perlu ambil tahu.

Penyebab kulit wajah kering dan mengelupas

1. Jenis kulit kering dan terdedah cahaya matahari

Kalau kulit muka uolls dalam kategori kulit kering lagi berisiko untuk kulit menggelupas. Jika dibiarkan terdedah dengan persekitaran yang sangat panas oleh cahaya matahari yang terik maka ia boleh mengakibatkan kekeringan pada kulit muka. 

Jadi janganlah tersalah menggunakan pencuci muka yang akan membuatkan kulit muka uolls kering dan keraplah memakai 'moisturiser' untuk mengekalkan kelembapan kulit muka

2. Pemakaian kosmetik yang tidak sesuai.

Bab ini paling ditakuti. Pastikan kosmetik yang uolls gunakan itu adalah produk yang asli dan sesuai dengan kulit muka. Jika terdapat iritasi dan kulit muka kemerahan selepas memakai produk kosmetik itu, uolls harus menghentikan pemakaian kosmetik tersebut. 

3. Alergi pada wajah atau ubat-ubatan.

Kulit menggelupas juga boleh berpunca daripada kulit yang alergi terhadap faktor persekitaran seperti cuaca, makanan, debu dan banyak lagi. Tambahan ada pula yang alergi pada ubat-ubatan. Terus berjumpa dengan doktor jika terdapat alergi pada ubat yang diberikan.

Cara mengatasi kulit wajah kering dan mengelupas

Mengatasi kulit wajah yang mengelupas harus disesuaikan dengan penyebabnya. Namun secara umum, kulit mengelupas boleh ditangani dengan pelbagai cara berikut :

  • Tekapkan kulit dengan kain yang dibasahkan dengan air sejuk selama 10 minit.
  • Perbanyakkan minum air putih setiap hari.

  • Jangan menggaru kulit wajah yang mengelupas kerana akan menyebabkan infeksi.
  • Jangan mandi terlalu lama kerana akan menghilangkan kelembapan semulajadi pada muka.

 

Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan masalah kulit muka mengelupas ini tetapi kaedah yang paling mudah dan murah ialah dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Jom tonton video Mommy DIY masker dengan menggunakan oat, susu dan madu di bawah.

Love,

Mommy

  



 

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.