KULIT SENSITIF & BERJERAWAT TAPI NAK MILIKI KULIT CERAH & SIHAT.. INILAH PENYELESAIANNYA!

Hai, dah lama kan Mommy tak berkongsi dengan uolls DIY Masker yang hanya gunakan bahan dari rumah sahaja? Tapi sebelum tu Mommy nak tanya, uolls ada masalah kulit sensitif dan berjerawat tak? Tapi uolls masih nak nampak cerah dan kulit sihat.

Pada pemilik kulit sensitif terutama sekali yang kerap naik jerawat, kulit muka kemerahan atau mengalami iritasi akibat pemakaian produk muka yang tidak sesuai, uolls semua memang perlu berhati-hati dalam rutin penjagaan muka. Takut salah pakai produk, selamanya derita.

Hari ni Mommy nak share DIY masker yang hanya memerlukan kos perbelanjaan dalam RM2.50 je uolls. Bila-bila masa je uolls boleh lakukan di rumah. Tapi pastikan keadaan muka bersih tau sebelum pakai masker ni.

Jom tonton tutorial video ini, Mommy ada cara penyelesaian dengan hanya menggunakan 3 BAHAN ini!

 

Bahan-bahannya :
1. Kacang hijau
2. Susu tepung
3. Air 

 

Cara-caranya :
1. Blendkan kacang hijau sehingga menjadi halus.
2. Campurkan susu tepung & air. Gaul sehingga adunan tadi sebati. 
3. Kemudian sapukan adunan tadi ke seluruh muka.
4. Biarkan ia kering sehingga 10 minit & kemudian cuci muka dengan iFlawless Facial Treatment
6. Jangan lupa gunakan iFlawless Facial Serum with LORISA® untuk melembapkan semula kulit wajah

 

Mommy sarankan pada uolls lakukan diy masker ini dalam 2 kali seminggu. Insyaallah seawal 3 minggu uolls akan mendapatkan result yang positif. Paling best!!! Ianya selamat tanpa sebarang bahan-bahan pemutih atau peluntur kulit wajah

Love,
Mommy

 

 

 

  



 

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.