MACAM MANA NAK HILANGKAN PARUT?

Masa timbul masalah jerawat, kita akan fikir macam mana nak hilangkan jerawat dengan cepat. Selepas jerawat pulih, kita akan fikirkan pula macam mana nak hilangkan parut jerawat. Betulkan?



Mommy akan kongsikan 3 bahan natural dari rumah yang efektif untuk kurangkan dan hilangkan parut jerawat

1. ALOE VERA / DAUN LIDAH BUAYA
Aloe vera adalah sejenis tumbahan yang kaya dengan “HEALING PROPERTIES”. Kalau uolls nak tahu, gel aloe vera mengandungi 99% air yang kaya dengan mineral, vitamin, enzim, asid amino, polysaccha ride & asid lemak. Sebenarnya, kesan pemakaian aloe vera untuk merawat parut jerawat bergantung kepada kerosakan kulit. Lagi teruk atau dalam parut tu, lagi lama masa yang diambil. Selain tu, uolls juga kena consider tau faktor umur, genetik, keadaan asal kulit wajah. 

Sebaik-baiknya, uolls perlu gunakan aloe vera ni dari awal parut tu terjadi. Polysacchirides, gibberellins & glycoproteins yang dijumpai dalam Aloe Vera membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru & proses penyembuhan luka yang boleh mengakibatkan parut. Sebenarnya masa tengah naik jerawat, uolls dah digalakkan pakai Aloe Vera ni sbb Aloe Vera ni juga mempunyai Anti Bakteria. Uolls perlu faham, naik jerawat dekat muka adalah disebabkan BAKTERIA ye. 

2. SHEA BUTTER
Fungsi shea butter adalah untuk mengurangkan keradangan parut jerawat. Shea Butter diekstrak tanpa dicampurkan dengan sebarang bahan kimia atau pengawet. Shea Butter ni kaya dengan Vitamin A, Vitamin E, Vitamin F & asid lemak dimana ianya membantu melindungi kulit dari sinar UV dan membantu menghasilkan kolagen secara semulajadi dalam tubuh badan

Mommy share sikit ok macam mana Shea Butter ni bantu kurangkan & hilangkan parut jerawat

Shea Butter kaya dengan Anti-Inflammatory properties seperti Vitamin F dan asid lemak. Bila uolls pakai dikawasan parut jerawat yang baru terjadi, ianya akan mengurangkan kemerahan pada parut jerawat tersebut. Selain tu, Shea Butter jugak mengandungi Anti Oksidan iaitu Vitamin E! Anti Oksidan ni akan bantu mengurangkan kulit kusam akibat radikal bebas. Secara tak langsung, ianya juga dapat memudarkan warna parut jerawat.

Ada 2 nutrisi yang sangat unik dalam Shea Butter iaitu Stearic Fatty Acid & Allatonin. Nutrisi ini sangat membantu secara efektif dalam penghasilan sel kulit baru. Jadi Shea Butter ni akan mengecutkan jerawat dengan cepat dan membantu memulihkan parut jerawat yang baru terjadi dengan efektif

3. KUNYIT

Kunyit juga merupakan bahan Natural dari rumah yang boleh memudarkan parut jerawat kerana ianya mengandungi Curcumin yang berfungsi sebagai anti oksidan dan anti inflammatory. Kunyit akan mengurangkan penghasilan melanin yang boleh menyebabkan parut jerawat meninggalkan kesan gelap

Antara 3 bahan Natural diatas, yang paling senang dijumpai adalah Kunyit. Uolls perlu lebih berhati-hati dalam menggunakan kunyit sebagai bahan natural sebagai masker sebab kunyit akan meninggalkan warna kuning pada kulit wajah dan kain

Mommy nak kongsikan dekat uolls testimoni positif pelanggan iFlawless yang mengamalkan penggunaan iFlawless Facial Treatment, iFlawless Facial Serum with  LORISA® dan iFlawless Facial Scrub with LORISA® yang telah berjaya menghilangkan parut jerawat seawal 2 minggu. Sebenarnya, skincare iFlawless mengandungi 2 bahan yang Mommy nyatakan diatas iaitu Aloe Vera dan Shea Butter yang sangat berkesan untuk memudarkan atau menghilangkan parut jerawat. Bahan yang digunakan dalam skincare iFlawless adalah kombinasi yang baik untuk merawat jerawat, parut jerawat, elak jeragat, kulit kusam, kulit berminyak dan liang pori-pori yang besar



Kalau uolls rase ianya sgt bermanfaat, please tekan SHARE ke Facebook ok!
Love,
Mommy

  



 

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.