IFLAWLESS FACIAL BRUSH - APA MANFAAT FACIAL BRUSH & TIPS PENJAGAANNYA

Membersihkan wajah adalah penjagaan rutin yang harus dipraktikan oleh kaum wanita mahupun lelaki jika mahu kulit cantik dan mulus. Lebih-lebih lagi bagi kaum wanita yang sinonim dengan kecantikan. 

Tapi sayangnya, walaupun dah mencuci dengan baik tetapi masih juga banyak kotoran yang tertinggal di wajah sehingga masalah kulit tetap berulang. Sehinggakan, uolls perlu dibantu dengan alat tambahan seperti facial brush agar kotoran dapat diangkat secara sempurna.

Baru-baru ni, iFlawless HQ ada menawarkan iFlawless Facial Brush secara PERCUMA jika uolls membuat pembelian untuk iFlawless Skincare Full Set. So pada siapa yang dah dapatkan iFlawless Facial Brush tu, mesti tertanya-tanya apa manfaat menggunakan facial brush dan juga bagaimana nak menjaganya supaya kekal bersih.

Ok, ni Mommy akan share serba sedikit manfaat menggunakan iFlawless Facial Brush serta tips penjagaannya.

MANFAAT MENGGUNAKAN FACIAL BRUSH

1. Dapat membersihkan kulit muka dengan lebih mendalam dan menyeluruh.
2. Membantu kulit melepaskan sebum/minyak yang terperangkap di bawah lapisan kulit.
3. Lebih berkesan menanggalkan kotoran/sisa mekap yang telah menyumbat liang pori.
4. Merangsang penyerapan krim/serum/pelembap dengan lebih baik. 
5. Menanggalkan sel kulit mati serta memastikan kulit licin, glowing dan flawless.
6. Mengurangkan jangkitan bakteria dan naik jerawat

TIPS PENJAGAAN FACIAL BRUSH

Menggunakan facial brush sememangnya lebih baik jika dibandingkan dengan menggunakan tapak tangan. Ini kerana tapak tangan mudah terdedah dengan bakteria sebab kerap memegang permukaan atau benda-benda di sekeliling kita yang kita tidak tahu tahap kebersihannya.

Kalau uolls benar mengambil berat akan aspek kebersihan, facial brush yang uolls gunakan pasti dapat dihindarkan dari pertumbuhan bakteria. Dalam erti kata lain, uolls kena lah rajin mencuci facial brush tu.

1. Cuci facial brush dengan air suam

Uolls boleh gunakan air suam untuk mencuci facial brush selepas digunakan. Air suam mempunyai suhu yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk yang boleh membersihkan sisa kotoran dengan sempurna. Rendam di dalam air suam selama 10 minit dan bilas. Lakukan perkara ini 4 - 5 kali penggunaan facial brush agar tidak dijangkiti bakteria.

2. Simpan di tempat yang kering.

Selepas menggunakan facial brush, simpanlah di tempat yang kering agar berusnya tidak mudah rosak dan dijangkiti bakteria. Jika berada di tempat lembap, ia menggalakkan pertumbuhan bakteria pada berusnya. Biarkan ia kering sebelum di simpan di dalam beg uolls.

 

AWAS!! JANGAN LAKUKAN PERKARA INI!

1. Berkongsi facial brush.

Berkongsi menggunakan facial brush dengan orang lain sangat tidak digalakkan. Perbuatan ini akan menggalakkan pertumbuhan bakteria dan mungkin masalah kulit muka orang yang menggunakan facial brush uolls akan terkena pula pada uolls. 

2. Terus guna tanpa basahkan dulu.

Sebelum guna facial brush, kenalah basahkan dulu berusnya supaya kulit wajah tidak mengalami kerengsaan. 

Jangan lupa SHARE ya sebab tips2 ni bermanfaat buat uolls semua. 

Love,
Mommy

 

 

 

  



 

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.