PENGHIJRAHAN DARI PRODUK PENJAGAAN WAJAH YG MERBAHAYA SATU PENYEKSAAN

Seperti yg Mommy janji dekat syg2 semua yang nak tahu .

“KENAPA MOMMY BERSAMA IFLAWLESS SEHINGGA HARI NI SENTIASA EDUCATE UOLLS BERHIJRAH KEPADA SKIN CARE PRODUCTS YG LEBIH SELAMAT & LEBIH BERKESAN”

Ini kisah Mommy, Mommy harap ianya jadi pengajaran untuk yang membaca blog ni.

Mommy sebenarnya juga adalah MANGSA kepada produk yg mengandungi bahan kimia yang bahaya sejak berusia 18 tahun sehingga 23 tahun!

Mommy dilahirkan dengan tona kulit sawo matang...alaa uolls ni, sawo matang yang tak berapa cerah. Pada usia remaja, of course Mommy mengidam dan terpengaruh untuk miliki kulit yang putih melepak.

Masa tu Mommy belajar di Kolej Matrikulasi Johor. Duit poket pun tak banyak bergantung kepada duit belanja yang Mak bagi. Jadi kemampuan Mommy adalah membeli produk yang murah! 

Yes, satu set skin care yang Mommy beli hanya berharga RM25 sahaja. Produk tu ade sabun buku, toner, krim siang dan krim malam..bekasnya memang tak meyakinkan langsung.

Tapi bila Mommy pakai, baru 3 hari kulit Mommy nampak cerah!! OMG, mase tu rase terharu sangat sebab Mommy dah putih uolls..!

Mommy masih ingat, pada bekas skin care yang Mommy guna tu ada tertulis Vit E. Kesian Mommy kan, bila dah faham sekarang, mana mungkin Vit E boleh ade dalam skin care yang hanya berharga RM5 sebotol.

Lepas je habis Kolej Matrikulasi, Mommy melanjutkan pelajaran ke Universiti..Ha, time ni Mommy terima biasiswa taw dari Pemodalan Nasional Berhad. Wah! Bila duit banyak Mommy beli skin care products yg lebih mahal! Satu set bernilai lebih RM200. Beli dari peniaga online.

Lawak! bila terima skin care nya Mommy perasan krim siang dan krim malam sama je dengan produk RM25 dulu.. Tapi biasalah orang perempuan, sedapkan hati sendiri. Mommy membuat andaian skin care ni pasti lebih berkesan dari yang dulu tu.

Iyalah, muka jadi makin cantik.. makin ramai yang memuji “cantiknya!”..pakai ape tu? Mase tu, mulalah Mommy test macam-macam produk lagi yang ada sabun buku, krim siang, krim malam & toner.

Sehinggalah Mommy berkahwin, hampir 5 tahun Mommy bergelumang dengan skin care beracun. 

Selepas sebulan Mommy kahwin, Mommy ditakdirkan mengandung. Naluri seorang ibu, bila mengandung Mommy buat keputusan untuk berhenti guna skin care yang Mommy sedang guna. Skin care beracun tulah!

Mommy teringat, ade kawan-kawan Mommy kata semasa mengandung kena berhati-hati guna skin care takut bagi kesan dekat kandungan.

Masa tulah, selama 9 bulan Mommy survive jaga kecantikan tanpa gunakan sebarang skin care products! 

APA YG BERLAKU? MASIH CERAH? MASIH FLAWLESS?

Tak syg, habis dahi Mommy naik jerawat, kulit jadi gelap macam terbakar & akhirnya kusam.

Apakan daya, demi anak! Mommy lalui degan sabar..dalam tempoh 6 bulan Mommy menanggung kesan.

iFlawless Skin Care Products

Sebaik sahaja Baby lahir dan Mommy habis pantang, Mommy ambil keputusan untuk gunakan sekali lagi skin care yang beracun tu. Harapan masa tu setinggi gunung untuk dapatkan kulit yg cerah, glowing & flawless degan cara paling cepat BUKAN paling selamat!

HARAPAN MUSNAH DENGAN SATU TEGURAN

Semangat berkobar nak pakai skin care baru, tiba-tiba suami Mommy tegur..

“Kenapa Hney nak guna semula skin care ni kalau Hney tahu bahaya..tak takut effect kat anak kita yang menyusu dengan Hney? Tak takut ke benda ni ada kesan bahaya? Tak takut skin care ni bagi kesan kepada kesihatan?”

APE YG TERJADI DEKAT MOMMY SELEPAS TU?

Nak tahu ke kisah selanjutnya?? kalau nak komen kat bawah ok. Nanti Mommy akan sambung cerita lagi..

Love,
Mommy


 FREE iFlawless samples


2 comments

  • xsabar nk thu kisah mommy selanjutnya

    ayda mie
  • xsabar nak thu selanjutnya..lebih kurang mcm saya je…

    yaya

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.