PART 2 - PENGHIJRAHAN DARI PRODUK PENJAGAAN WAJAH YG MERBAHAYA SATU PENYEKSAAN

Terima kasih kerana sudi membaca kisah penghijrahan Mommy Part-2. Mommy rasa sangat terharu sebab uolls sanggup spend masa untuk baca blog ni.

Jom baca penghijrahan Mommy Part-1 :

https://iflawless.com/blogs/news/penghijrahan-dari-produk-penjagaan-wajah-yg-merbahaya-satu-penyeksaan-1

Mommy percaya kebanyakkan uolls yang sedang baca blog ni, dah baca beberapa siri email yang Mommy hantar kepada uolls kan?

 

Dan mommy percaya yang sebenarnya uolls pun nk berhijrah seperti Mommy.

 

Ok, jom Mommy share macam mana Mommy mula berhijrah kepada produk skin care yang berasaskan 99.5% Bahan Natural.

 

Keesokan hari selepas mommy baca artikel tentang bahayanya produk Merkuri, Mommy terus decide untuk berhenti produk yang Mommy sedang guna serta merta. Ketika tu Mommy sedang mengandungkan anak pertama Mommy.

 

Sepanjang 9 bulan tu Mommy survive untuk tidak memakai sebarang produk skin care di muka Mommy.

 

Uolls nak tahu apa yang berlaku?

 

Muka Mommy terus naik jerawat yang saaaaangat banyak! Kulit muka Mommy jadi kemerah-merahan. Mommy tak boleh keluar berjemur ke bawah cahaya matahari, sebab rasa sangat pedih di kulit muka. Macam jarum halus yang menyucuk-nyucuk kulit muka Mommy. Ketika tu Mommy tinggal di Pekan, Pahang. Uolls boleh bayangkan macam mana keadaan cuaca di situ? Panas yang amat!

 

Mommy menderita untuk tanggung kesan-kesan sampingan pada muka Mommy yang setiap hari semakin banyak keluar. Bukan setakat itu sahaja, Mommy terpaksa tanggung ‘Malu’ sebab muka Mommy tak putih, tak flawless macam dulu.

 

Tapi takpe… penghijrahan perlukan PENGORBANAN! Dan Mommy sanggup berkorban apa saja untuk anak Mommy…& of coz untuk shuben Mommy jugak. Hehe!

 

Selepas kelahiran anak pertama, habis je pantang, Mommy terus cari Skin Care yang Natural di Farmasi. Adalah beberapa brand terkenal masa tu. Tapi harganya… oh, boleh tahan mahal!

 

Mommy kumpul duit dan hanya mampu beli pencuci muka sahaja. Itupun habis ratusan ringgit. Mommy rajin juga mencuba pelbagai produk-produk Natural yang ada di pasaran masa tu. Mommy tukar-tukar sebab nak mencuba cari mana yang serasi. Kebanyakkan produk ketika itu adalah produk import.

 

Dari sini lah Mommy belajar banyak perkara tentang produk-produk natural.

 

Dalam masa yang sama juga, Mommy excited buat DIY Masker dari Bahan-Bahan Dapur. Macam yang Mommy bagi uolls untuk download FREE tu..

 

Sepanjang penglibatan Mommy dalam bidang DIY ni, Mommy banyak berjumpa dengan Dermatologist, Doktor Estatik, dan ahli Farmasi. Mommy banyak belajar dengan mereka tentang kulit muka…dan cara untuk merawat masalah-masalah kulit muka dengan Bahan Alami atau Semulajadi.

 

Sehinggalah pada tahun 2017, Mommy terlibat dengan perusahaan kosmetik dari iFlawless. Pada masa itu iFlawless ingn kembangkan lagi pasaran dalam industri kecantikan. Dan iFlawless decide utk keluarkan Skin Care, Pada ketika itu Mommy membantu iFlawless bersama-sama dengan seorang ahli farmasi utk hasilkan Skin Care berasaskan bahan natural. Yang boleh selesaikan 6 jenis masalah. Untuk pengetahuan uolls semua, Mommy menggunakan produk2 tersebut hampir 6 bulan sebelum ia berada di pasaran.

 

Dan Value Brand ini sangat membuatkan Mommy jatuh cinta!.

 

Pada September 2018, Mommy diberi penghormatan untuk buat Live Demo DIY Masker dari bahan-bahan dapur semasa pelancaran produk terbaru iFlawless Skin Care. Demo Mommy dapat liputan dari akhbar dan majalah di Malaysia.

iFlawless LORISA® Liputan Majalah Nona

 

Liputan Majalah WANITA

Liputan akhbar Berita Harian

 

Mommy terharu dan sangat gembira masa tu!

 

Sebab apa yang Mommy plan sejak tahun 2013 dulu sedikit demi sedikit menjadi kenyataan. Mommy lihat sekarang ramai wanita-wanita di Malaysia termasuklah Uolls dah mula sedar tentang kepentingan menjaga muka dengan produk yang berasaskan bahan natural.

 

Sehinggalah hari ini Mommy masih bersama iFlawless sebagai spoke person untuk bersama-sama iFlawless berjuang menyebarkan value atau manfaat kepada wanita khususnya di Malaysia untuk tampil cantik dan flawless dengan menggunakan produk yang berasaskan 99.5% bahan Natural.

 

Ok uolls, esok Mommy nak share dengan uolls tentang beberapa Rahsia Kelebihan yang uolls akan alami sendiri jika uolls juga berhijrah bersama Mommy. Kelebihan yang uolls tak pernah tahu sebelum ni. 

 

Jumpa di email esok!

 

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.