3 RUTIN PENJAGAAN MUKA HARIAN YANG WAJIB DIIKUTI

Mommy terima banyak pertanyaan dari uolls yang nak tahu 'Step by step' rutin penjagaan muka harian yang mudah dengan menggunakan Set Skincare dari iFlawless. Seperti artikel sebelum ini, Mommy ada share 6 LANGKAH MUDAH UNTUK JADI LEBIH FLAWLESS.

Kali ni, Mommy akan kongsikan secara terperinci tentang penggunaan skin care iFlawless untuk rutin siang tanpa makeup, rutin siang bagi wanita yang bermakeup & rutin malam.

RUTIN SIANG TANPA MAKEUP


1. Membersihkan muka - Step pertama ini adalah step yang memang semua orang akan lakukan iaitu mencuci muka menggunakan iFlawless Facial Treatment. Kebiasaannya kulit muka kita akan berminyak sebaik sahaja bangun tidur, jadi uolls tak boleh sekali-kali mengabaikan rutin cuci muka setiap pagi. Ambil 2 pump iFlawless Facial Treatment dan basuh kulit wajah bersama air yang bersih


2. Amalkan serum muka - Selepas membersihkan muka menggunakan iFlawless Facial Treatment, uolls perlulah menggunakan Facial Serum with LORISA
®. Titiskan 9 titis Facial Serum with LORISA®. Rujuk gambar yang Mommy berikan dibawah ni ok untuk ketahui point-point tersebut. Jangan skip step kedua ni ye. Serum adalah penganti kepada krim kecantikan dan ianya lebih menyerap berbanding krim


3. Pakai moisturizer - Step seterusnya adalah dengan menyapu iFlawless Minyak Argan Emas ke muka sebagai medium pelembap muka atau 'moisturizer'. Step ini juga bertujuan untuk mengelakkan kekeringan kulit muka. Gunakan iFlawless Minyak Argan Emas sebanyak 2 titis. Step ini penting sebab kelembapan kulit memainkan peranan penting kepada kesihatan kulit muka.

4. Kekalkan kesegaran muka - Untuk melengkapkan rutin pagi ni, uolls perlu ada facial mist/spray untuk kekalkan kelembapan muka supaya segar sepanjang hari. iFlawless Facial Mist sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa yang uolls perlukan.

5. Sunscreen atau sunblock - Untuk tambahan rutin pagi, uolls boleh juga pakai sunscreen atau sunblock untuk melindungi kulit muka dari sinaran UV. Pilihlah sunscreen atau sunblock di pasaran yang sesuai dengan kulit uolls



RUTIN SIANG BAGI WANITA YG BERMAKEUP

1. Cuci muka terlebih dahulu - Cucilah muka dulu sebelum mengenakan apa-apa produk solekan ke muka.

2. Serum sebagai pelindung kulit muka - Ia 
bertujuan untuk melindungi kulit muka dari apa sahaja produk solekan yang dipakaikan pada muka supaya masalah seperti naik jerawat, parut jeragat, liang-liang pori besar atau kulit kusam/kering dapat dielakkan. 


3. Moisturizer sebagai pelembap
Gunakan iFlawless Minyak Argan Emas sebanyak 2 titis ke muka sebagai 'moisturizer'. Boleh juga dititiskan pada berus mekap atau 'beauty blender' yang telah diletakkan foundation keatasnya, supaya foundation tadi dapat diratakan sepenuhnya pada muka. Tak ada la masalah mekap bercapuk.

4. Spray facial mistUntuk melengkapkan solekan tadi, uolls perlu ada facial mist/spray sebagai 'setting spray' untuk kekalkan kelembapan muka supaya segar sepanjang hari. Pakai iFlawless Facial Mist bila-bila masa yang uolls perlukan. 



RUTIN MALAM


1. Cuci muka - Siang atau malam, step mencuci muka memang tak boleh uolls abaikan. Seharian berada di luar sebab bekerja atau pun jika uolls hanya seorang surirumah, uolls masih perlu untuk mencuci muka kerana di khuatiri terdapat debu kotoran yang melekat pada kulit muka.

2. Gunakan skrub 3 kali seminggu - Gunakan iFlawless Facial Scrub With LORISA® kerana kandungan Garam Himalaya yang terdapat di dalam iFlawless Facial Scrub With 
LORISA® ini bertindak sangat lembut dan natural anti bakteria kepada kulit muka dalam menangani masalah jerawat yg terlalu teruk, kulit terlampau kusam dan blackhead. Ambil secubit iFlawless Facial Scrub with LORISA® dan pastikan uolls basahkan dahulu kulit wajah. Gosok secara perlahan sehingga uolls rasakan biji-biji skrub hilang. Biarkan dalam 2-3 minit dan cuci bersih keseluruhan muka menggunakan air yang bersih.


3. Pakai masker 3 kali seminggu - Selepas berskrub, uolls perlu memakai masker. Gunakan iFlawless Facial Mask menggunakan tangan atau sebaiknya berus masker khusus untuk kulit wajah uolls. Biarkan kering sehingga 10-15 minit. Kebaikan iFlawless Facial Mask bertujuan untuk buang sel kulit mati yang menyebabkan kulit kusam, kecilkan liang pori dan menyingkirkan lebihan minyak pada muka.



4. Pemakaian serum yang konsisten - Selepas pakai masker, uolls teruskan langkah seterusnya iaitu menggunakan iFlawless Facial Serum with 
LORISA® dengan menggunakan teknik LORISA® seperti rutin siang.


5. Moisturizer sebagai pelembap - Ha, nak tidur malam pun kena pakai moisturiser. Langkah seterusnya guna iFlawless Minyak Argan Emas. 2 titis sahaja ye.



6. Spray facial mist - Nak tidur pun pakai Facial Mist tau. Untuk kesegaran kulit bila bangun tidur nanti.

Mudahkan 'step by step' rutin penjagaan muka untuk siang dan malam? Sama ada uolls suriumah atau wanita bekerjaya, uolls masih boleh ikut step yang Mommy kongsikan ni. Sebab iFlawless memang menyediakan produk 'NATURAL' dan teknik yang mudah, berkesan dan dalam masa yang sama dapat mengamalkan cara yang sihat.

Mommy harap 3 Rutin ini dapat membantu uolls yang sedang menggunakan skin care dari iFlawless. Ingat tau, produk Natural perlu KONSISTEN untuk dapatkan kulit yang sihat

Love,

Mommy

  



 

Leave a comment

Name .
.
Message .
Become a member and save 5% storewide! Register or Login.