5 Perkara Uolls Perlu Tahu Sebelum Buat Keputusan Gunakan iFlawless

Hi uolls, Mommy tahu uolls dah tak sabar nak gunakan iFlawless Skincare “Limited Edition Raya” . Tapi mesti uolls sekarang dalam keadaan masih keliru untuk buat pilihan produk yang mana uolls perlu dapatkan. Betulkan?

Jangan risau Mommy akan cuba perjelaskan supaya memudahkan uolls untuk buat belian . Dalam perkongsian Mommy ni ada 5 pecahan

#1 Apa yang menarik tentang iFlawless
#2 Enam langkah flawlesskan wajah
#3 Fungsi setiap prodUK iFlawless
#4 Perlu atau tidak buat belian kesemua iFlawless Skincare untuk kali pertama
#5 Macam mana nak buat tempahan

iFlawless in Basket

#1 APA YANG MENARIK TENTANG IFLAWLESS SKINCARE

Disebalik iFlawless Skincare, sebenarnya adalah cerita tentang perjalanan Mommy dari usia 18 tahun sehingga hari ini. Mommy ada kongsikan pengalaman Mommy menggunakan produk bahan terlarang (link). Uolls ambil masa baca, sebab Mommy tak nak uolls juga jadi mangsa seperti Mommy. Cukuplah Mommy sahaja..

Disebabkan itulah, Mommy membuat keputusan untuk iFlawless hanya mengeluarkan produk yang selamat dan berkesan. Biar pun perlu ambil masa berbulan untuk dapatkan kulit yang sihat, Mommy rasa ianya lebih berbaloi dari perlu guna produk yang akhirnya memudaratkan kesihatan diri

  • NATURAL, EASY & EFFECTIVE SKINCARE
  • VEGAN, CRUELTY FREE & CREATED TO MAKE YOU FEEL SAFE

iFlawless adalah skincare pertama dalam Malaysia yang berasaskan 99.5% dari bahan natural. Kesemua produk iFlawless adalah “hypoallergic”. Maksudnya ialah, iFlawless Skincare bukan sahaja sesuai untuk kulit normal, kombinasi. berminyak tapi ianya juga sesuai untuk uolls yang mengalami kulit sensitif kerana iFlawless Skincare tidak mengandungi bahan yang tersenarai dalam kategori bahan sensitif seperti fragrance/parfum, ejen warna & pengawet buatan

 

#2 ENAM LANGKAH FLAWLESSKAN WAJAH

iFlawless Skincare ada 6 jenis produk yang berbeza peranan serta fungsi. Dalam rutin iFlawless, ada 6 langkah lengkap untuk mendapatkan kulit wajah yang flawless

Langkah 1: Cuci muka menggunakan Facial Treatment

Langkah 2: Skrub menggunakan Facial Scrub LORISA

Langkah 3: Mask menggunakan Facial Mask

Langkah 4: Memakai Facial Toner LORISA

Langkah 5: Menyapu Facial Serum LORISA

Langkah 6: Melembapkan kulit wajah menggunakan Minyak Argan Emas

 

#3 FUNGSI SETIAP PRODUK IFLAWLESS SKINCARE

Seperti yang Mommy kongsikan setiap produk iFlawless mempunyai peranan & fungsi tersendiri disebabkan formula dan bahan yang berbeza

Facial Treatment

Facial Treatment adalah pencuci muka iFlawless yang berfungsi untuk membersihkan kulit wajah dari kekotoran debu, minyak, solekan yang nipis & kekotoran dikulit wajah. Jika uolls mengenakan sunscreen/sunblock atau solekan yang tebal, Mommy sarankan uolls buat double cleansing untuk pastikan kulit uolls betul-betul dibersihkan dengan sempurna. Selain itu, uolls boleh lakukan teknik cuci muka iFlawless iaitu selama 60 saat. Uolls tahu, ramai pengguna iFlawless kata “pencuci muka yang sangat lembut dan tak menegangkan kulit wajah”

Facial Scrub LORISA

Uniknya Facial Scrub LORISA ini adalah 3 bahan utamanya iaitu LORISA (4 jenis tumbuhan yang kaya dengan VIT E & kaya dengan anti oksidan), garam himalaya gred berkualiti tinggi & shea butter.

Fungsi Facial Scrub LORISA adalah untuk mengurangkan blackhead, membersihkan kekotoran yang tertinggal & membuang sel kulit mati supaya muka berseri-seri tidak kusam. Kesan menggunakannya 3 kali seminggu akan membuatkan kulit uolls kembali lembut, kulit kering kembali lembap dan kulit lebih berseri

Facial Mask

Facial Mask iFlawless adalah mask mempunyai paras serapan air sebanyak 65% dan disebab kan oleh itu ianya mampu membantu menyerap lebihan minyak dikulit wajah tanpa membuatkan kulit wajah kering. Tambahan lagi, secara tidak langsung Facial Mask dapat membantu mengelakkan kulit jerawat & mempercepatkan pengecutan jerawat yang baru tumbuh.  Jika digunakan secara konsisten dengan tempoh masa yang lama ianya membantu menegangkan kulit wajah disamping membuatkan kulit wajah tampak lebih cerah dari sebelum

Uolls boleh gunakan Facial Mask 3 kali seminggu atau setiap hari

Facial Toner LORISA

Toner adalah langkah ke 4 yang paling Mommy suka dan rasa nak pakai banyak-banyak kali sehari. Istimewanya Facial Toner LORISA disebabkan kandungan % tambahan AHA iaitu glycolic acid yang sesuai untuk kulit tempatan Malaysia dan ianya berfungsi untuk melembutkan & menanggalkan sel kulit mati. Uolls yang ada masalah parut jerawat, jeragat, blackhead & kulit kusam sangat sesuai gunakan toner ini.

Bagi kulit kering, pastikan kalau uolls guna Facial Toner LORISA uolls juga perlu guna pelembap juok dalam rutin skincare uolls..tapikan, kalau Mommy lah, tak kira kulit jenis apa pun memakai pelembap adalah rutin sangat penting

Facial Serum LORISA

Antara banyak-banyak iFlawless Skincare, Facial Serum LORISA mengandungi kepekatan LORISA yang paling tinggi. Ok lah, Mommy kongsikan tentang LORISA ini ya. LORISA dalah satu formulasi khas yang hanya ada dalam skincare dibawah branding iFlawless sahaja. LORISA adalah 4 jenis tumbuhan yang digunakan dan diamalkan oleh wanita Turki iaitu Argania Spinosa (Argan) Kernel Oil,  Eucalyptus Globulus Leaf Oil,  Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Oil, Melaleuca Alternafolia (Tea Tree) Leaf Oil.

Fungsinya adalah untuk mengecutkan jerawat, memudarkan parut jerawat, elak jeragat naik, elak jeragat jadi lebih banyak, kecilkan liang pori-pori dan cerahkan kulit wajah

Minyak Argan Emas

Minyak Argan Emas adalah produk pertama iFlawless dan telah berjaya memenangi ANUGERAH ASIA PACIFIC EXCELLENT TOP BRAND 2018/2019 atas pencapaiannya yang telah membantu 190,000 wanita

Fungsi utama Minyak Argan Emas adalah melembapkan kulit wajah tanpa membuatkan muka berminyak. Selain itu, ianya juga membantu uolls yang ada masalah tona tidak sekata

Bukan sekadar sebagai pelembap kulit, malah Minyak Argan Emas digunakan oleh make up artist untuk menghasilkan makeup yang lebih nampak segar & flawless. Uolls juga boleh gunakan teknik tersebut untuk dapatkan hasil makeup yang setaraf profesional. Mudah sahaja, sebelum menyapu foundation uolls sapukan rata 2-3 titis Minyak Argan Emas. Apabila telah meresap, uolls boleh terus menyapu foundation

Ini adalah video lengkap 6 langkah flawless dengan iFlawless Skincare

 

 

#4 PERLU KE SAYA BUAT BELIAN KEENAM-ENAM IFLAWLESS SKINCARE NI UNTUK KALI PERTAMA?

Tidak perlu. Sebelum buat belian, lihat dulu keperluan & budget uolls. Jika uolls memang rasa perlu untuk ambil keenam-enam produk, uolls boleh terus buat belian ok

Tapi jika uolls belum bersedia dari segi budget, saranan Mommy uolls dapatkan dahulu Facial Treatment iFlawless dan Facial Serum LORISA. Dan jika, uolls masih belum mempunyai pelembap dalam rutin skincare, uolls perlu juga dapatkan sekali Minyak Argan Emas untuk pastikan kulit uolls sentiasa lembap..Ingat pesan Mommy, jangan skip pelembap!

 

#5 MACAM MANA NAK BUAT TEMPAHAN

Uolls boleh buat tempahan dibawah

 

 


Leave a comment